Wednesday, 31 October 2012

Halloween


Halloween ([hælə'win], [hælo'win]) adalah tradisi perayaan malam 31 Oktober di negara-negara yang berbahasa Inggeris, dilakukan dengan berpakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat dengan berkata "Trick or treat!". Ucapan "Trick or treat!" merupakan semacam "ugutan" yang membawa maksud "Beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau." Kanak-kanak zaman sekarang biasanya tidak lagi membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi apa-apa. Sebahagian kanak-kanak masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut dengan cara "menghiasi" pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun.
Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut.
Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yang merupakan kependekan dari All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow)[1]. Hari raya agama Katolik bernama Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yang dirayakan 1 November pernah dikenal sebagai All Hallows' Day yang merupakan penyingkatan dari All Hallowed Souls. Dalam bahasa Inggeris, perkataan Hallowed (holy) bererti Orang Kudus.
Hari Para Orang Kudus ditentukan oleh para mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar dengan alasan ingin orang gasar mempercayai agama Kristian. Hari Para Mendiang (Day of the Dead) yang merayakan kedatangan roh sanak-saudara dan kerabat kembali ke bumi sehingga kini masih disambut di beberapa negara seperti di Brazil, Mexico, dan Filipina.
Halloween berasal dari orang Celt di Ireland, Britain dan Perancis sebagai tradisi paganisme perayaan musim tuai. Pada abad ke-19, orang Ireland danScotland membawanya ke Amerika Utara.

Simbol Halloween


Simbol Halloween dikaitkan dengan musim luruh dan watak-watak terkenal dan menyeramkan dari filem Amerika dan ahli pereka grafik. Simbol Halloween biasanya dikaitkan dengan kematian, keajaiban, dan raksasa dari dunia mitos. Watak yang sering dikaitkan dengan Halloween misalnya ialah watak syaitan dan iblis dalam kebudayaan Barat, manusia labu, makhluk asingahli sihirkelawarburung hantu, burung gagak, burung bangkai, rumah hantu, kucinghitam, labah-labah, goblin, zombimumiatengkorak, dan serigala jadian. Di Amerika Syarikat, simbol Halloween biasanya turut dikaitkan dengan tokoh dalam filem klasik dari Drakula hinggalahFrankenstein.
Hitam dan oren dianggap sebagai warna tradisional Halloween, walaupun sekarang banyak juga barang-barang Halloween yang berwarna unguhijau dan merah.
Labu yang merupakan hasil tuaian musim gugur di hemisfera beriklim sejuk sering dijadikan simbol Halloween, begitu pula orang-orang sawah sebagai penjaga hasil tuai. Simbol Halloween yang difahamkan secara sejagat adalah labu yang diukir membentuk wajah "menyeramkan" yang diberi nama Jack-o'-lantern. Untuk kelihatan lebih seram, pelita Jack-o'-lantern biasanya diletakkan di tempat gelap, kerana di dalam labu diletakkan lilin yang menyala atau lampu.

Di Amerika Syarikat, pelita Jack-o'-lantern sering diletakkan di depan pintu masuk rumah apabila hari mula gelap. Tradisi membuat pelita Jack-o'-lantern berasal dari Amerika Utara yang banyak menghasilkan labu berukuran besar yang mudah diukir.

Makanan Halloween


Di hemisfera utara, perayaan Halloween berlangsung ketika musim epal sehingga Candy Apple atau caramel apple (epal yang dicelup ke dalam cairan gula) terkenal sebagai makanan Halloween.
Selain itu, hidangan lain sebagai tradisi Halloween ialah pai labu, sari buah epal (minuman cider), gula-gula jagung, tofi bonfire, Tofi epal, dan gula-gula yang dibungkus dengan warna Halloween (oren, coklat, atau hitam).

Perayaan di Amerika Syarikat

Bagi kanak-kanak di Amerika, Halloween bererti kesempatan untuk mereka memakai kostum Halloween dan mendapatkan gula-gula, manakala bagi orang dewasa adalah kesempatan berpesta kostum. Bagi peniaga di Amerika, Halloween berada di tempat kedua di selepas Krismas sebagai perayaan yang paling yang menguntungkan.
Sejarah topeng dan kostum Halloween sebelum tahun 1900 di Amerika atau di tempat lain masih sedikit yang diketahui kerana keterbatasan sumber utama. Kostum Halloween masih belum terlihat di kedai-kedai hingga tahun 1950-an, walaupun topeng Halloween sudah ada lebih awal.
Pada tahun 2005, persatuan pengusaha gula-gula Amerika melaporkan 80% orang dewasa bercadang hendak memberi gula-gula kepada kanak-kanak yang datang, sedangkan 93% kanak-kanak ingin berziarah dari pintu ke pintu rumah pada malam Halloween.Bandar Anoka di Minnesota mendakwa diri sebagai "ibu kota Halloween" dan merayakannya dengan besar-besaran. Bandar Salem di Massachusetts yang terkenal dengan legenda penyihir dari Salem biasanya dikunjungi lebih banyak pengunjung menjelang perayaan Halloween.
New York mengadakan sambutan perayaan Halloween terbesar di Amerika Syarikat yang disebut The Village Halloween Parade. Sambutan yang dimulakan oleh pembuat topeng di Greenwich VillageNew York sekarang menarik perhatian 2 juta peserta dan pengunjung, sekaligus ditonton 4 juta penonton televisyen.







*untuk membaca yang asal sila pergi ke http://ms.wikipedia.org/wiki/Halloween.



 
Miss Diva La..La..La Blogger Template by Ipietoon Blogger Template